Wednesday 11 March 2009

Hargailah apa yg telah diberi....




Satu cerita menarik yang saya nak kongsikan dengan anda semua... harapan boleh dijadikan teladan kepada semua...

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dalam satu majlis yang sungguh meriah. Semua keluarga dan kawan2 hadir untuk menyaksikan hari yang berbahagia ini. Kedua mempelai begitu anggun dan menawan dalam persandingan yang indah. Setiap mata yang memandang bersetuju mengatakan mereka adalah pasangan yang secocok, sepadan dan saling menyintai.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita, masing-masing akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita" sambil menunjukkan majalah tersebut kepada isterinya.

"kemudian kita akan berbahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatatkan hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa saja yang terlintas di benak mereka.

Keesokan harinya ketika sarapan, mereka sudah siap sedia untuk membentangkannya dan berbahas.

"Abang akan mulakan dulu ye?" kata suami. Banyak yang ditulisnya sekitar dua mukasurat.

Ketika membacakan satu persatu hal yang dia tidak suka tentang isterinya, ia memerhatikan bahawa air mata isterinya mula mengalir.....

"Maaf, apakah abang harus berhenti?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan," jawab isterinya.

Lalu si suami meneruskan membaca kesemua yang tersenarai, lalu kembali melipatkan kertasnya di atas meja dan dengan muka yang manis dia berkata "Sekarang giliran sayang pula membaca senarai."

Dengan suara yang perlahan isterinya berkata, "Saya tidak mencatat satu pun di atas kertas saya...bagi saya abang sudah sempurna dan tidak ingin dan tidak akan mengubah diri mu abang... abang adalah tersendiri... abang adalah pelengkap segala kekurangan saya... dan jika ada pun kekurangan abang, kekurangan itulah yang mendekatkan hati saya dengan abang."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya dengan ungkapan dan isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya...

Si suami kemudian tertunduk dan menangis.....



MORAL DI SEBALIK KISAH INI....

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup sempurna untuk dibandingkan dengan orang lain..?

Kalau jawapannya "ya", maka kita berbohong atau kita perasan, kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki.



WALLAHUALAM

Hakikatnya, orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita seadanya, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYAALLAH...

HARGAILAH APA YANG TELAH DIBERI