Monday 9 February 2009

6 langkah atasi Alzheimer

Kajian telah menunjukkan bahawa cara hidup boleh mempengaruhi risiko mendapat pelbagai penyakit, termasuk Alzheimer. Berikut adalah enam langkah yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan risiko Alzheimer.


1 Makan Epal


Epal segar menganduni banyak quercetin, sejenis anti-oksigen yang dapat mengatasi kerosakan sel otak disebabkan oleh radikal bebas.


2 Brokoli dan Sayuran Hijau

Satu kajian yang dijalankan di Boston menunjukkan warga emas berusia 50-85 tahun mempunyai kandungan folate tinggi di dalam darahnya kurang mendapat risiko percakapan yang kurang jelas dan tidak lancar. Folate boleh didapati daripada sayur-sayuran berdaun hijau seperti sawi, brokoli, kailan dan sebagainya.


3 Pengambilan Minyak Ikan

Asid docosahexaenoic (DHA) yang terkandung di dalam asid lemak Omega-3 mampu merangsang minda dan menguatkan ingatan. Omega-3 biasanya diperolehi daripada ikan salmon, tuna, sardin dan sebagainya. Ia juga boleh didapati daripada badam, walnut dan soya, namun kandungannya tidak sehebat kesan Omega-3 daripada minyak ikan.


4 Kawal Diet

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko tinggi untuk mendapat Alzheimer. Ini kerana, kadar kolesterol yang tinggi menyebabkan lebih banyak mendapan terhasil dalam sel badan termasuk otak. Ia akan melemahkan fungsi otak.


5 Bersenam

Warga emas tidak semestinya melakukan senaman yang memerlukan banyak tenaga. Memadai hanya berjalan tiga hingga empat kilometer sehari sudah mampu menurunkan risiko dimentia.


6 Periksa Kandungan Kolesterol

Kandungan kolestero yang tinggi, tekanan darah tinggi, merokok dan diabetes bukan sahaja menjadi factor risiko sakit jantung, tetapi juga meningkatkan risiko dimentia (nyanyuk). Oleh itu, dapatkan pemeriksaan untuk memastikan segala factor risiko dapat diatasi sekaligus mengurangkan masalah dimentia.



credits to:
Majalah Anis
Februari 2007 / Muharam – Safar 1428