Tuesday 31 March 2009

Sick of peeling potatoes???

Here...watch this vd...and hopefully you'll found it's the easiest way of peeling potatoes...

credits to - dlayla rz 4 sending an awesome vd 2 me...may Allah bless u....ameen....insya-Allah.. :D

Friday 27 March 2009

Rahsia 5 jari

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new
generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang...
p/s - I received this email from my huby's fren...about 3 yrs ago...yup...still keep it as i found it's
very interesting... :D

Saturday 14 March 2009

This Is How They Make Your Bag....










cerita rimau yang beriman eeeeee....


Alkisah...Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya diamasuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak,tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur kedalam jurang.


Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu danKRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.


'Ya Allah,' doa lelaki tersebut,'Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyangjumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..Ampunilah aku ya Allah..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yangmemburuku HARIMAU yang beriman..tolong ya Allah! Aminnn..


'Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelakitadi. Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, 'Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar.Amin.'


p/s - was sent 2 me a few yrs ago...but dod know where i'd save the article...but just now a friend posted to me...soooo...enjoyz.... (gambar di ambil dr internetlah) :D


Wednesday 11 March 2009

Hargailah apa yg telah diberi....




Satu cerita menarik yang saya nak kongsikan dengan anda semua... harapan boleh dijadikan teladan kepada semua...

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dalam satu majlis yang sungguh meriah. Semua keluarga dan kawan2 hadir untuk menyaksikan hari yang berbahagia ini. Kedua mempelai begitu anggun dan menawan dalam persandingan yang indah. Setiap mata yang memandang bersetuju mengatakan mereka adalah pasangan yang secocok, sepadan dan saling menyintai.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita, masing-masing akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita" sambil menunjukkan majalah tersebut kepada isterinya.

"kemudian kita akan berbahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatatkan hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa saja yang terlintas di benak mereka.

Keesokan harinya ketika sarapan, mereka sudah siap sedia untuk membentangkannya dan berbahas.

"Abang akan mulakan dulu ye?" kata suami. Banyak yang ditulisnya sekitar dua mukasurat.

Ketika membacakan satu persatu hal yang dia tidak suka tentang isterinya, ia memerhatikan bahawa air mata isterinya mula mengalir.....

"Maaf, apakah abang harus berhenti?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan," jawab isterinya.

Lalu si suami meneruskan membaca kesemua yang tersenarai, lalu kembali melipatkan kertasnya di atas meja dan dengan muka yang manis dia berkata "Sekarang giliran sayang pula membaca senarai."

Dengan suara yang perlahan isterinya berkata, "Saya tidak mencatat satu pun di atas kertas saya...bagi saya abang sudah sempurna dan tidak ingin dan tidak akan mengubah diri mu abang... abang adalah tersendiri... abang adalah pelengkap segala kekurangan saya... dan jika ada pun kekurangan abang, kekurangan itulah yang mendekatkan hati saya dengan abang."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya dengan ungkapan dan isi hati isterinya... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya...

Si suami kemudian tertunduk dan menangis.....



MORAL DI SEBALIK KISAH INI....

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup sempurna untuk dibandingkan dengan orang lain..?

Kalau jawapannya "ya", maka kita berbohong atau kita perasan, kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki.



WALLAHUALAM

Hakikatnya, orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita seadanya, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYAALLAH...

HARGAILAH APA YANG TELAH DIBERI

Monday 9 March 2009

Dia kekasih Allah







Wahai kekasih Allah...krn peribadimu aku terpesona, krn budimu aku jatuh cinta....selagi upaya ku turuti sunnahmu...namun aku masih manusia yg lemah...

Salam Maulidur Rasul



Salam Maulidur Rasul buat semua.....