Sunday, 5 July 2009

6 tanda orang yang bertaubat




Apa tanda seseorang itu sudah benar-benar bertaubat? Antara tanda yang dapat dilihat, menurut Ustaz Zawawi Yusoh adalah:

1. Dia menangis setiap kali ingat akan dosa-dosa yang pernah dibuatnya. “Sebab orang yang buat dosa dan tidak bertaubat, dia seronok buat dosa.”

2. Dia rasa jijik dengan kesalahan yang dibuatnya. “Hingga dia rasa malu hendak berjumpa dengan geng yang sama-sama pernah buat jahat.”

3. Dia akan berhenti berkawan dengan kawan-kawan yang pernah buat dosa bersama-sama.

4. Dia tidak akan pergi lagi ke tempat dia selalu buat dosa.

5. Dia akan seronok dengan kebaikan (ghairah untuk buat kebaikan demi kebaikan).

6. Dia akan menghukum dirinya apabila buat salah. “Contohnya, apabila dia mengumpat, dia akan hukum dirinya dengan berpuasa atau solat tahajud. Dia menghukum dirinya dengan kepatuhan.”


Anis Februari 2004 / Muharam/ Safar 1427

5 soalan mega



Cerita dan peristiwa yang belaku di hari kiamat semuanya bertaraf supermega. Ktia akan diajukan lima persoalan besar yang mana seluruh hidup kita adalah jawapannya. Putih hidup kita, putihlah jawapannya. Hitam hidup kita, bayangkanlah sendiri warna kesudahannya. Peristiwa soalan di negeri akhirat adalah persoalan besar yang kita mesti tangani di dunia lagi. Lima soalan itu adalah:

1. Ke manakah dihabiskan umur (usia)?
2. Ke manakah dilampiaskan masa muda?
3. Dari sumber manakah harta diperolehi?
4. Ke jalan manakah harta dibelanjakan?
5. Apakah yang dilakukan terhadap ilmu yang sudah dipelajari?


wallahu 'alam...

Sumber: Hadis riwayat Tirmizi dari Ibnu Mas’ud

Majalah Anis Februari 2005 / zulhijjah 1425/ muharam 1426

Wednesday, 24 June 2009

Saturday, 13 June 2009

Salah siapa semangka bonyok


Seorang aktivis masyarakat sering sibuk dengan kerja kemasyarakatannya sehingga kurang perhatiannya pada isterinya di rumah. Dia sering pulang lewat dan terlupa membelikan buah tangan kepada isterinya itu.

Suatu petang, ketika memandu pulang lebih awal daripada biasa, aktivis ini ternampak gerai menjual semangka di pinggir jalan. Dibelinya sebiji semangka untuk mengambil hati si isteri.
Diberikan semangka itu kepada isterinya untuk dipotong bagi dimakan bersama.

Selepas membersihkan diri, si suami kembali ke ruang makan. Dia agak terkejut dirinya kerana mendapat wajar isterinya masam.

Rupa-rupanya buah semangka itu telah bonyok sebelah. Fahamilah dia bahawa hadiahnya tidak sempurna.

“Apakah sayang ingat abang sengaja memilih semangka yang rosak untuk dihadiahkan kepada isteri tersayang?” pujuknya lembut. Si isteri terus memalingkan muka dengan wajah marah.

“Jika bukan kerana itu, apakah sayang fikir si penjual semangka itu sengaja menjualkan semangka busuk kepadaku? Tidak masuk akal bagi seorang penjual menjualkan barangan rosak kepada pelanggannya kerana itu pasti menjejaskan penjualannya masa depan.”

Si isteri terus berwajah masam.

“Jika bukan itu, apakah sayang fikir petani yang menanam semangka itu sengaja mahu menghasilkan hasil tanaman yang rosak apology mendekatkannya untuk si penjual.”
Pujukan dan alasan si suami masih terus mendapat reeks ham bar si isteri.

“Jika semua itu tidak diterima sebagai alasan, tentu ada sebab lain yang lebih besar.
“Sayang tidak salahkan abang, tidak salahkan penjual, dan tidak salahkan petani kerana semangka yang sebiji ini. Pastinya sayang salahkan kuasa di sebalik yang menghasilkan semangka ini. Agaknya, sayang salahkan Tuhan yang telah menciptakan segalanya, termasuk semangka ini. Sayang bukan sahaja tidak mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan kepada kita, malah menyalahkan-Nya pula kerana memberikan sebiji semangka busuk!”


Si isteri benar-benar tersentak dengan kata-kata suaminya. Dia mulai insaf.



wallahu 'alam...


dr BH Jumaat 9 Nov 2007

Sunday, 10 May 2009

The mom song - HAPPY MOTHERS' DAY

This vd was sent to me...



video


felt ashamed of myself after i watched it...hahaha....ibarat menepuk air di dulang percik ke muka sendiri....tak banyak sikit ia pernah aku lakukan pada anak-anak aku....eee...malunya :(

mari sama-sama kita muhasabah dan cuba perbaiki diri supaya menjadi ibu yg baik dan sempurna di mata anak-anak kita....insya-Allah...