Saturday, 13 June 2009

Salah siapa semangka bonyok


Seorang aktivis masyarakat sering sibuk dengan kerja kemasyarakatannya sehingga kurang perhatiannya pada isterinya di rumah. Dia sering pulang lewat dan terlupa membelikan buah tangan kepada isterinya itu.

Suatu petang, ketika memandu pulang lebih awal daripada biasa, aktivis ini ternampak gerai menjual semangka di pinggir jalan. Dibelinya sebiji semangka untuk mengambil hati si isteri.
Diberikan semangka itu kepada isterinya untuk dipotong bagi dimakan bersama.

Selepas membersihkan diri, si suami kembali ke ruang makan. Dia agak terkejut dirinya kerana mendapat wajar isterinya masam.

Rupa-rupanya buah semangka itu telah bonyok sebelah. Fahamilah dia bahawa hadiahnya tidak sempurna.

“Apakah sayang ingat abang sengaja memilih semangka yang rosak untuk dihadiahkan kepada isteri tersayang?” pujuknya lembut. Si isteri terus memalingkan muka dengan wajah marah.

“Jika bukan kerana itu, apakah sayang fikir si penjual semangka itu sengaja menjualkan semangka busuk kepadaku? Tidak masuk akal bagi seorang penjual menjualkan barangan rosak kepada pelanggannya kerana itu pasti menjejaskan penjualannya masa depan.”

Si isteri terus berwajah masam.

“Jika bukan itu, apakah sayang fikir petani yang menanam semangka itu sengaja mahu menghasilkan hasil tanaman yang rosak apology mendekatkannya untuk si penjual.”
Pujukan dan alasan si suami masih terus mendapat reeks ham bar si isteri.

“Jika semua itu tidak diterima sebagai alasan, tentu ada sebab lain yang lebih besar.
“Sayang tidak salahkan abang, tidak salahkan penjual, dan tidak salahkan petani kerana semangka yang sebiji ini. Pastinya sayang salahkan kuasa di sebalik yang menghasilkan semangka ini. Agaknya, sayang salahkan Tuhan yang telah menciptakan segalanya, termasuk semangka ini. Sayang bukan sahaja tidak mensyukuri nikmat yang Tuhan kurniakan kepada kita, malah menyalahkan-Nya pula kerana memberikan sebiji semangka busuk!”


Si isteri benar-benar tersentak dengan kata-kata suaminya. Dia mulai insaf.



wallahu 'alam...


dr BH Jumaat 9 Nov 2007

Sunday, 10 May 2009

The mom song - HAPPY MOTHERS' DAY

This vd was sent to me...




felt ashamed of myself after i watched it...hahaha....ibarat menepuk air di dulang percik ke muka sendiri....tak banyak sikit ia pernah aku lakukan pada anak-anak aku....eee...malunya :(

mari sama-sama kita muhasabah dan cuba perbaiki diri supaya menjadi ibu yg baik dan sempurna di mata anak-anak kita....insya-Allah...

Sunday, 12 April 2009

Aisya dibela Ilahi




Aisyah sedih dan menitiskan air mata. Setiba di rumah ibunya, Aisyah menegur ibunya yang menyembunyikan masalah itu kepadanya demi mengasihaninya.

“Wahai anakku, anggaplah urusan ini sebagai sesuatu yang remeh. Demi Allah, amat sedikit wanita cantik di sisi suaminya yang bermadu. Namun orang ramai masih heboh.”

Aisyah kian menyedih. Akibatnya beliau mengunci dirinya di rumah. Beliau enggan makan dan minum. Malah sukar tidur dan kerap menangis.

Diam Rasulullah bukan bererti membenarkan peristiwa itu berlaku. Diam baginda menunggu keputusan Allah mengenai perkara yang akan dilakukan. Ketika persoalan itu kian luas diperkatakan, Nabi saw berdiri di hadapan orang ramai dan berucap:

“Wahai saudara-saudara! Mengapa kamu menyakiti keluargaku? Mereka berkata yang tidak benar.
"Demi Allah! Aku mengetahui keluargaku itu baik. Dan mereka mengatakan tentang lelaki yang saya ketahui baik. Tidaklah seseorang masuk ke rumahku, melainkan bersamaku.”

Orang ramai membisu setelah mendengar ucapan Rasulullah itu, yang bermaksud menunjukkan kemurnian hati dan urusannya. Baginda kemudian memanggil Ali bin Abi Thalib dan Usamah bin Zaid untuk menanyakan pendapat mereka.

“Sesungguhnya kami amat mengetahui tentang Aisyah, wahai Rasulullah,” ujar Usamah, menambah, “Apa yang mereka perkatakan itu adalah dusta. Saya tahu Aisyah adalah baik.”

“Wahai Rasulullah,” kata Ali pula dan melanjutkan, “Sesungguhnya wanita itu ramai dan engkau mampu mencari gantinya. Carilah wanita lain. Dia akan jujur kepadamu.”

Kepada Umar juga, Rasululah meminta penjelasannya.

“Engkau bertanya kepadaku, wahai Rasulullah!” Tanya Umar lembut, dan meneruskan, “Saya bertanya kepadamu kembali : Siapa yang menikahkan kamu dengan Aisyah?”

“Allah!” baginda menjawab tenang.

“Jika demikian halnya, apakah kamu duga Allah telah menipumu dalam perkahwinanmu dengan Aisyah? Maha Suci Allah! Inilah dusta besar mereka.”

Beberapa waktu berlalu. Namun wahyu Allah tidak turun kepada Rasulullah.
Inilah peluang bagi para penyebar fitnah menyebarkan lagi fitnah mereka. Tetapi Rasulullah terus menangkis tindak-tanduk jahat mereka.

Baginda mendatangi rumah Abu Bakar. Aisyah kelihatan sedang menangis ketika baginda masuk. Di sampingnya ialah seorang wanita Ansar. Aisyah segera menghapuskan airmatanya. Rasulullah duduk di depannya dan berkata:

“Wahai Aisyah, sesungguhnya telah sampai kepadamu percakapan-percakapan orang, maka bertawakallah kepada Allah. Jika kamu melakukan keburukan, seperti yang mereka perkatakan, bertaubatlah. Sesungguhnya Allah menerima taubat daripada hambaNya.”

Mereka yang ada bersama di tempat itu kelihatan seperti cemas. Namun mereka membisu. Aisyah menyatakan dengan tegas. Airmatanya mengalir deras. Sambil melihat kepada kedua-dua ibu bapanya Aisyah menyampaikan:

“Demi Allah! Saya tidak akan bertaubat selama-lamanya kepada Allah atas apa yang kamu sebutkan itu. Demi Allah! Sayalah yang lebih mengetahui. Jika saya mengakui sesuatu yang telah diperkatakan, sedang Allah mengetahui saya bersih, saya berani mengatakan apa yang tidak terjadi. Jika saya mengingkarinya, kamu sekalian tidak akan membenarkan saya. Saya hanya akan mengatakan seperti yang dikatakan ayah Nabi Yusuf, bermaksud:
“Saya akan bersabar dengan (kesabaran yang baik dan Allah tempat meminta pertolongan terhadap apa yang kamu lakukan).”

Keadaan bertukar menjadi tenang. Rasulullah terasa wahyu hampir turun. Baginda berselimut, sementara Aisyah menghulurkan bantal dari kulit yang diletakkan di bawah kepala beliau. Mereka yang ada bersamanya di tempat itu terkejut kecuali Aisyah.

Ketika Rasulullah sedar semula, keringatnya bercucuran lalu bersabda, yang bermaksud:

“Bergembiralah, wahai Aisyah! Allah telah menurunkan wahyu terlepasnya kamu daripada tuduhan itu.”

Aisyah mengucapkan ‘Alhamdulillah’ penuh khusyuk, mengambarkan kegembiraan hatinya kerana terselamat daripada fitnah dan keburukan yang disebarkan tokoh penyebarnya : Abdullah bin Ubai bin Salul.



Tulisan - Sulaiman Jeem (Penulis Khas)
BH Jumaat 13, September 2002 (6 Rejab 1423)

found this pic frm the internet... not sure what pic should i used instead.... :(


Aku yakin wajahmu pasti lebih cantik dr apa yg dpt aku gambarkan...

sebagaimana peribadimu yg mulia dan kerana itulah engkau mmg layak digelar 'ummul mukminin'...disayangi oleh suami walaupun engkau cemburu terutama kpd Siti Khadijah yg telah wafat...namun aku yakin cemburumu mmg bertempat...

how i wish to be like u....


Wallahu 'alam...

Friday, 3 April 2009

happy 14th birthday Asyraf






ibu doakan semuga asyraf jadi anak yg beriman...maju dlm pelajaran dan sentiasa menjadi hamba yg diberkati oleh Ilahi....berjaya dlm kehidupan dunia dan akhirat..amin...insya-Allah

Tuesday, 31 March 2009

Sick of peeling potatoes???

Here...watch this vd...and hopefully you'll found it's the easiest way of peeling potatoes...

credits to - dlayla rz 4 sending an awesome vd 2 me...may Allah bless u....ameen....insya-Allah.. :D